Anthony sifatkan konvoi motosikal libat laluan ke lapangan terbang tak bertanggungjawab

MENTERI Pengangkutan Anthony Loke hari ini membidas program Konvoi & Lepak Mat Motor Bersama YB-YB’ yang akan turut melibatkan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu.

Dalam kenyataan melalui Facebook, Anthony menyifatkan perbuatan itu sangat tidak bertanggungjawab.

Berdasarkan poster dikongsi beliau Loke, konvoi dijadualkan bermula 5 petang dianjurkan beberapa ADUN dan Pemuda Pas Kelantan.

Konvoi itu dijangka berlepas dari Kota Lama, melalui kawasan lapangan terbang dan pusat bandar, sebelum berakhir berhampiran pusat beli-belah Aeon Mall Kota Bharu.

Sehubungan itu beliau berkata, untuk menjamin keselamatan dan kelancaran operasi lapangan terbang telah mengarahkan JPJ  bekerjasama dengan pihak polis trafik untuk mengadakan sekatan jalanraya pada petang ini.

‘’(Mereka perlu) memeriksa semua motosikal yang memasuki kawasan Lapangan Terbang pada petang ini tanpa kecuali termasuklah mana-mana YB yang membawa motosikal,’’ katanya.

Beliau menegaskan, kawasan lapangan terbang merupakan kawasan  strategik dan keselamatan yang perlu dipelihara sepanjang masa untuk memastikan perjalanan penumpang lancar dan tidak terganggu.

‘’Sekiranya terdapat sebarang kesesakan yang menyebabkan penumpang terlepas penerbangan mereka, adakah pihak penganjur bertanggungjawab untuk membayar pampasan tiket penerbangan mereka?,’’ katanya.

Beliau juga menegaskan,  sebarang konvoi bermotor juga sepatutnya mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa.

‘’ Adakah pihak penganjur telah mendapat kelulusan?,’’ soalnya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img