Tiga remaja ditahan kes jenayah seksual pelajar 14 tahun

POLIS menahan tiga remaja lelaki bagi membantu siasatan kes jenayah seksual melibatkan seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun dalam kejadian berasingan di daerah Tawau.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, dua daripada suspek berusia 14 dan 17 tahun ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau kira-kira jam 11.50 pagi semalam di kawasan Kampung Jawa, Tawau.

Menurutnya, seorang lagi suspek berusia 17 tahun ditahan dalam tangkapan susulan kira-kira jam 1.45 petang hari sama di perkarangan IPD Tawau.

“Tangkapan dibuat susulan laporan polis diterima Sabtu lalu berhubung dakwaan perbuatan jenayah seksual terhadap mangsa di beberapa lokasi berasingan sekitar daerah ini sejak November tahun lalu hingga Februari tahun ini.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terlibat dalam beberapa kejadian dengan suspek berbeza, termasuk di kawasan rumah dan premis awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, seorang lagi individu turut disiasat berhubung satu kejadian berasingan di sebuah sekolah, di mana mangsa dipercayai dipaksa melakukan perbuatan tidak senonoh.

Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan serta Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Polis sedang menjalankan soal siasat serta mendapatkan keterangan lanjut bagi melengkapkan siasatan sebelum dirujuk kepada pihak pendakwaan,” katanya.

Jasmin berkata, ibu bapa dan penjaga disaran supaya sentiasa memantau pergerakan serta pergaulan anak-anak bagi mengelakkan mereka terdedah kepada risiko jenayah seksual.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img