Pemilik syarikat direman kes dokumen butir matan palsu pembelian dron RM90,000

SEORANG pemilik syarikat pembinaan direman selama tiga hari sehingga 30 April ini bagi membantu siasatan kes mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu berkaitan pembiayaan pembelian dron bernilai kira-kira RM90,000.

Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu dikeluarkan Majistret Fatin Dalilah Khalid selepas permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Alor Setar, pagi tadi.

Menurut sumber, suspek ditahan kira-kira jam 12 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kedah.

“Siasatan awal mendapati suspek yang merupakan pemilik syarikat sebuah syarikat pembinaan disyaki melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2024.

“Suspek dipercayai mengemukakan sebut harga kepada institusi kewangan tersebut bagaimanapun tidak berlaku urusan jual beli dron tersebut,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Nazli Rasyid Hj. Sulong ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img