JPJ beri amaran iklan jawatan kosong palsu

JABATAN Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) mengesahkan menerima aduan berhubung penyebaran iklan jawatan kosong palsu yang menggunakan kod QR bagi tujuan permohonan.

JPJ dalam kenyataan memaklumkan bahawa iklan berkenaan adalah tidak sah dan tidak dikeluarkan oleh pihaknya.

“JPJ ingin menegaskan bahawa iklan tersebut adalah palsu. Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan penyebaran promosi menerusi iklan atau akaun yang tidak sah bagi mengelakkan sebarang kekeliruan serta kerugian,” kata JPJ.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan sebarang promosi atau tawaran kerja yang disebarkan melalui akaun atau platform tidak rasmi bagi mengelakkan kekeliruan serta kerugian.

“Orang ramai juga digalakkan untuk merujuk atau menghubungi pihak JPJ terlebih dahulu bagi mendapatkan pengesahan dan maklumat lanjut berkaitan sebarang tawaran yang mencurigakan,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, sebarang aduan rasmi boleh disalurkan kepada JPJ melalui Portal Aduan Rasmi di pautan https://jpj.spab.gov.my/.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img