Perunding lesap RM210,000 gara-gara kongsi kod pengesahan

SEORANG perunding menjadi mangsa penipuan dalam talian apabila wang RM210,000 dalam akaun kriptonya lesap selepas berkongsi kod pengesahan dengan individu tidak dikenali.

Mangsa berusia 49 tahun mendakwa dihubungi seorang individu menggunakan nama samaran ‘Bosaurum’ yang menyamar sebagai kakitangan sokongan pelanggan bagi sebuah laman web berpangkalan di Amerika Syarikat.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, mangsa menerima mesej daripada suspek ketika berada di pejabatnya di Jalan Sri Hartamas yang kononnya menawarkan bantuan teknikal berkaitan pemberian insentif.

Menurutnya, suspek kemudian meminta mangsa memberikan alamat akaun serta kod pengesahan yang dihantar ke e-mel mangsa.

“Tanpa menyedari helah itu, mangsa menyerahkan maklumat berkenaan sebelum suspek mengambil alih akaunnya.

“Mangsa beranggapan maklumat itu untuk penerimaan insentif namun selepas maklumat diberikan, suspek mengambil alih akaun mangsa sebelum mendapati dananya berkurang kira-kira USD 47,060 (RM210,000),” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati sebahagian besar wang berkenaan masih berada dalam rangkaian akaun pihak ketiga dan berkemungkinan boleh dibekukan sekiranya tindakan segera diambil.

Katanya, kes kini disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997, selain usaha mengesan pemilik akaun serta dompet digital terbabit sedang dijalankan dengan bantuan Unit Cryptocurrency.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img