Tiada isu bekalan minyak bagi Mei dan Jun – Fahmi

KERAJAAN masih meneliti langkah berkaitan subsidi bahan api, termasuk pelaksanaan subsidi bersasar, dengan keutamaan diberikan kepada kestabilan bekalan dan pengurusan harga minyak global.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) semalam.

Menurutnya, bekalan minyak mentah negara oleh Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) ketika ini berada pada tahap memuaskan bagi bulan Mei dan Jun.

“Setakat makluman yang diterima, bekalan adalah mencukupi dan tidak dijangka menghadapi sebarang masalah dalam tempoh tersebut,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet hari ini.

Bagaimanapun, Fahmi berkata, MTEN turut memberi perhatian serius terhadap perkembangan harga minyak global, termasuk minyak mentah serta produk petroleum seperti RON95 dan diesel, susulan penutupan Selat Hormuz.

“Beberapa langkah dan ikhtiar kerajaan berkait inisiatif BUDI95, BUDI Diesel dan BUDI Individu sedang diselaras dan masih dalam penelitian.

“Fokus utama adalah memastikan bekalan mencukupi serta mengurus impak harga minyak global,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan sebarang keputusan muktamad berhubung pengurangan subsidi bahan api setakat ini.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img