KETEGASAN Datuk SerI Dr.Ahmad Zahid Hamid tidak bersetuju dengan penubuhan kerajaan baharu atau ‘tebuk atap ‘ di Negeri Sembilan meredakan konflik politik di negeri itu.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO Zahid Hamidi memberitahu perkara itu kepada Kabinet semalam.
Oleh itu kata belia, pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan di bawah Datuk Seri Aminuddin Harun berjalan seperti biasa selepas kontroversi 14 ADUN BN menarik sokongan terhadap Menteri Besar itu.
“Setakat ini tidak ada perkembangan terkini, saya rasa kita berjalan seperti biasa. Semalam juga pada (mesyuarat) Biro Politik UMNO sudah mengeluarkan kenyataan walaupun dikatakan 14 ADUN itu hilang kepercayaan kepada menteri besar, tetapi masih sokong kerajaan perpaduan.
“Saya lihat kalau itu pendirian dibuat UMNO, malah pada (mesyuarat) Kabinet semalam, Presiden UMNO sendiri menyatakan pendirian sama kepada Kabinet, maksudnya Presiden UMNO juga tidak bersetuju dengan penubuhan kerajaan baharu atau tebuk atap, katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas elepas menghadiri Readers Forum on the English Edition of Xi Jinping: The Governance of China, Volume V.
Loke berkata, beliau mengambil pendekatan tidak mencampuri urusan itu berkaitan institusi adat dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri itu.
“Memang kita tahu ada isu belum selesai antara institusi Yang di-Pertuan Besar dengan Undang Luak. Jadi, itu sesuatu yang di luar kawalan kita, perlu diselesaikan dengan baik dalam institusi berkenaan.
“Kita tak boleh masuk campur, bagi kita di peringkat kerajaan adalah memastikan kerajaan berjalan seperti biasa. Menteri besar, exco, dan ADUN, mereka berfungsi seperti biasa, bekerja seperti biasa. Itu saya rasa dapat memastikan kestabilan dapat dijamin,’’ katanya.


