Tuanku Ismail ingatkan ADUN tidak abaikan amanah rakyat,pastikan ‘Johor sentiasa menjadi Johor’

PEMANGKU Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menitahkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu  fokus dengan amanah yang diberikan kepada mereka bagi memastikan setiap dasar dan keputusan membawa impak kepada rakyat.

Sehubungan itu Titah baginda, mereka harus menjalankan kerja dengan baik dan tidak mengabaikan amanah rakyat serta memastikan “Johor sentiasa menjadi Johor.”

“Tanggungjawab kita bukan sekadar hadir, tetapi memastikan setiap dasar dan keputusan membawa impak kepada rakyat.

“Kekalkan kesantunan, perbincangan yang matang dan semangat untuk berkhidmat. Insya-Allah, dengan usaha yang berterusan, Johor akan terus maju, disegani dan dihormati,” titah baginda.

Bagindan titah demikian sempena perasmian Mesyuarat Pertama Persidangan Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, di Iskandar Puteri, hari ini.

Tunku Mahkota Ismail turut mengingatkan kepada semua ADUN bahawa DUN Johor merupakan sebuah dewan mulia yang menjadi wadah untuk merangka dasar, mencari penyelesaian dan memperjuangkan kebajikan rakyat.

“Rakyat sedang memerhati dan menilai. Oleh itu, teruskanlah segala usaha baik yang telah dilaksanakan, perbaiki apa yang perlu dan pastikan setiap tindakan benar-benar memberi manfaat kepada Bangsa Johor,” titah baginda.

Terdahulu, baginda menzahirkan penghargaan atas perjalanan persidangan DUN Johor yang berlangsung dengan tertib, teratur dan penuh hormat, sekali gus mencerminkan kematangan demokrasi serta budaya politik yang semakin matang di negeri ini.

Baginda pada masa sama meminta semua pihak agar mendoakan negeri Johor terus maju membangun, aman dan makmur serta dijauhkan daripada segala bala bencana serta dikurniakan keberkatan.

“Saya mahu seluruh rakyat Johor dapat hidup dalam keadaan harmoni, bersatu-padu, dan bahagia,” titah baginda.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img