PUSAT Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan sehingga jam 7 malam tadi waktu Malaysia , status kapal Tam Tam adalah tidak dipintas tetapi telah dirosakkan oleh rejim Zionis , namun aktivis di dalamnya dalam keadaan selamat.
Ketua Pengarah Datuk Sani Araby Alim Arabi berkata, keadaan itu menjadikan jumlah keseluruhan kapal yang disahkan dipintas adalah sebanyak 21 kapal ketika kira-kira 80 batu nautika menghampiri perairan Greece
‘’SNCC turut mengesahkan bahawa terdapat kira-kira 30 buah kapal tidak ditahan dan meneruskan pelayaran serta selamat menghampiri perairan Greece.
‘’Thiago Avila dan Saif Abukeshek antara Steering Committee Global Sumud Flotilla yang turut dipintas dalam satu tindakan yang bersifat ugutan serta bertujuan melumpuhkan keseluruhan misi,’’ katanya dalam kenyataan lewat malam tadi.
Beliau berkata, SNCC turut mengesahkan bahawa seramai 175 orang aktivis telah diculik dan dibawa ke Israel menggunakan kapal laut milik rejim, termasuk 10 orang rakyat Malaysia yang turut berada dalam kumpulan tersebut.
‘’ Ahmad Faezal telah mengalami demam panas dan terpaksa menarik diri di Pelabuhan Sicily, Itali dan telah selamat tiba di Malaysia,’’ katanya.


