Wanita terbunuh kereta dipandu terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG  wanita berusia 51 tahun terbunuh selepas kereta dipandunya terlibatt dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Penampang Baru berhampiran Kampung Lemawang, Tuarani, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 petang itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi selepas tersepit di dalam kenderaan jenis Toyota Innova.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Kurong AK Beki berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.24 petang sebelum tujuh anggota dikerahkan ke lokasi.

Katanya, sebaik tiba, pasukan bomba mendapati kemalangan membabitkan Toyota Innova dan lori 10 tan yang bertembung dari arah bertentangan.

“Mangsa wanita terbabit didapati tersepit di tempat duduk pemandu dan dikeluarkan menggunakan peralatan khas.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan,” katanya lapor Buletin TV3.

Menurutnya, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.45 petang.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img