Hina Sultan Selangor: Polis terima 307 laporan

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah disembah maklum sebanyak 307 laporan polis diterima berhubung penularan bahan mengandungi unsur penghinaan terhadap baginda di media sosial oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar.

Menerusi kenyataan di Facebook Selangor Royal Office, Shazeli memaklumkan daripada jumlah berkenaan, 282 laporan yang diterima adalah mengenai penghinaan ke atas Sultan Selangor pada hantaran di akaun Facebook milik ‘Huayan The Pureland Learning Center’.

“Tujuh laporan diterima mengenai hantaran penghinaan ke atas Sultan Selangor di akaun Facebook dengan nama Beo Choon Yap.

“Sebanyak 18 lagi laporan polis dibuat terhadap satu lagi hantaran di akaun Facebook dengan nama Lucas Liam.

“Sehingga kini, satu tangkapan sudah dibuat di Pulau Pinang,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut Selangor Royal Office, kemunculan bahan penghinaan seumpamanya terhadap Sultan Selangor di media sosial dipercayai susulan isu penternakan babi di negeri Selangor yang dibahaskan di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, baru-baru ini.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img