Polis terima 280 laporan karikatur hina Sultan Selangor

POLIS Selangor mengesahkan menerima sebanyak 280 laporan dari seluruh negara berhubung penularan satu karikatur di media sosial yang didakwa mengandungi unsur penghinaan terhadap Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, laporan itu direkodkan sehingga jam 5 petang, 3 Mei susulan karikatur berkenaan yang mula tular sejak 25 April lalu.

“Siasatan kini dijalankan di bawah rujukan Bandar Kinrara RPT: 4809/26 dengan fokus utama untuk mengesan serta menangkap individu yang bertanggungjawab mencemar kedaulatan institusi diraja,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, siasatan turut dijalankan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menelusuri sumber penyebaran kandungan berkenaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau ulasan yang boleh mengganggu siasatan, sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

“Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Semalam, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Salehuddin Saidin berkata, pihaknya percaya tindakan menyunting dan menyebarkan imej menjengkelkan serta mengaibkan Sultan Selangor dibuat dengan sengaja untuk melukakan perasaan masyarakat Islam di negeri ini.

Katanya, ia berikutan hantaran dibuat menerusi laman sosial Facebook itu jelas tidak menghormati kedudukan baginda sebagai Ketua Agama Islam di Selangor kerana mengaitkan baginda dengan objek dan visual yang jelas haram mengikut perspektif hukum syarak.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img