MetMalaysia jalankan operasi pembenihan awan di empangan utama Sarawak

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan melaksanakan operasi pembenihan awan di Sarawak pada 11 dan 12 Mei ini sebagai langkah meningkatkan taburan hujan di kawasan tadahan empangan utama.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan operasi itu akan memberi tumpuan kepada kawasan tadahan Empangan Bakun, Batang Ai dan Murum, yang merupakan sumber penting bekalan air dan penjanaan tenaga hidroelektrik di Sarawak.

Menurut MetMalaysia, pelaksanaan operasi berkenaan melibatkan kerjasama strategik pelbagai agensi antaranya Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Operasi pembenihan awan ini akan dilaksanakan berdasarkan analisis meteorologi oleh MetMalaysia dengan mengambil kira faktor kelembapan udara, kestabilan atmosfera serta corak pergerakan angin bagi memastikan keberkesanan operasi.

“Kawasan sasaran dipilih berdasarkan kehadiran awan yang berpotensi untuk proses pembenihan,” menurut kenyataan itu.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img