Polis buru dua lelaki curi motosikal guna kunci pendua

POLIS sedang mengesan dua lelaki tempatan dipercayai terbabit dalam kejadian curi sebuah motosikal Yamaha 135LC di Bandar Country Homes, Gombak, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad berkata, pihaknya menerima laporan daripada pemilik motosikal iaitu seorang wanita tempatan pada jam 9.10 pagi.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 5.32 pagi di kaki lima sebuah klinik di Bandar Country Homes.

“Dua lelaki tempatan disyaki melarikan motosikal berkenaan dengan menggunakan kunci pendua,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan.

“Pihak polis sedang giat mengesan kedua-dua suspek bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Roszailah Mohamad Dros di talian 014-2989721 atau Bilik Gerakan IPD Gombak di talian 03-61262222.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img