Konvensyen PH bertema `Tekad MADANI, Harapan Rakyat’ berlangsung di Johor 17 Mei depan

GABUNGAN Pakatan Harapan (PH) bakal menganjurkan Konvensyen Pakatan Harapan 2026 pada 17 Mei ini bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor.

Bertemakan ‘Tekad MADANI, Harapan Rakyat’, konvensyen bermula jam 8 pagi hingga 6 petang itu akan menjadi platform memperkukuh kesepaduan kepimpinan dan organisasi, menyelaras gerak kerja politik serta memperincikan hala tuju PH dalam mendepani cabaran semasa negara.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan bersama berkata, sebagai teraju Kerajaan MADANI, PH terus memberi tumpuan kepada pengukuhan ekonomi negara, kestabilan politik serta keyakinan rakyat menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

“Perdana Menteri merangkap Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual hadir menyampaikan amanat khas kepada perwakilan.

“Turut hadir pimpinan utama PH bagi memperkukuh kesatuan dan kesiapsiagaan menghadapi cabaran politik semasa,” katanya dalam kenyataan bersama Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Adly Zahari dan Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Syahredzan Johan hari ini.

Untuk rekod, kali terakhir Konvensyen PH diadakan adalah pada 2022.

Penganjuran semula itu mencerminkan komitmen berterusan PH dalam memperkukuh organisasi, memperkasa agenda reformasi dan memastikan aspirasi Kerajaan Madani terus dilaksanakan demi kepentingan rakyat.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img