MCMC perkasa kesedaran internet selamat dalam kalangan pelajar Parlimen Hang Tuah Jaya

MENTERI Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil hari ini menghadiri program Kempen Internet Selamat anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang diadakan sebagai sebahagian daripada pengisian sempena Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Parlimen Hang Tuah Jaya, Melaka.

Kempen Internet Selamat ini melibatkan penyertaan pelajar sekolah bersama ibu bapa dari Parlimen Hang Tuah Jaya yang memfokuskan kepada pemerkasaan literasi digital komuniti, terutamanya dalam aspek perlindungan keluarga dan pencegahan jenayah siber.

Menurut MCMC, sejajar dengan hala tuju strategik suruhanjaya itu bagi tahun 2026, kempen pada tahun ini memberi tumpuan khusus kepada libat urus komuniti akar umbi dan warga emas bagi membendung ancaman penipuan kewangan dalam talian (scam).

“Selain itu, kempen ini turut memfokuskan kepada usaha meningkatkan kesedaran dan kemahiran ibu bapa dalam menetapkan kawalan ibu bapa (parental control) terhadap peranti anak-anak.

“Selain itu ia melalui pendekatan serampang dua mata, iaitu Youth-to-Community (Belia kepada Komuniti), barisan pemimpin pelajar dari Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang telah tamat latihan Training of Trainers (ToT) Kempen Internet Selamat diangkat sebagai fasilitator advokasi strategik,” kata kenyataan MCMC yang dikeluarkan hari ini.

Menurut MCMC, fasilitator ini akan mengendalikan modul secara langsung dengan penduduk setempat sekali gus merapatkan jurang generasi dalam literasi digital.

Setakat ini, kata suruhanjaya itu, kempen advokasi ini telah berjaya menyantuni 438 komuniti di seluruh negara, dengan 25 daripadanya di negeri Melaka.

“MCMC menyasarkan memperluas capaian inisiatif ini dengan sasaran 200 kempen bersasar bersama komuniti bagi setiap negeri menjelang akhir tahun 2026,” kata kenyataan itu lagi.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi merangkap Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Adam Adli Abd Halim; Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif), Nik Kamaruzaman Nik Husin; Ketua Pegawai Hal Ehwal Negeri MCMC, Bukhari Yahya serta wakil daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTeM.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img