Jurutera rugi RM330,000 terperdaya pelaburan janji keuntungan lumayan

SEORANG  jurutera mengalami kerugian RM330,000 selepas terperdaya dengan penipuan pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan.

Menurut sumber, lelaki berusia 47 tahun itu mula melabur pada 2020 selepas diperkenalkan seorang rakan lelakinya yang mendakwa sebagai ejen syarikat pelaburan terbabit.

“Sepanjang melabur itu, mangsa membuat pemindahan wang ke syarikat terbabit sebanyak 10 kali dengan keseluruhan wang RM330,000.

“Bagaimanapun dalam tempoh itu dia hanya menerima pulangan semula sekali sahaja iaitu sebanyak RM35,000 dan sehingga kini dia langsung tidak mendapat bayaran seperti dijanjikan,” kata sumber itu lapor Buletin TV3.

Sumber berkata, rakan lelaki dan pemilik syarikat terbabit juga gagal dihubungi.

Mangsa yang berasa ditipu kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi 19 September lalu untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Nuzulan Mohd Din, mengesahkan menerima laporan berkenaan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here