Dua maut digilis selepas tercampak dari kereta di Second Link

DUA lelaki maut dalam nahas ngeri membabitkan lima kenderaan di Kilometer 25.3 Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Second Link) menghala ke Senai, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 pagi itu, mangsa masing-masing lelaki warga India berusia 37 tahun dan lelaki berketurunan Iban berusia 34 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tercampak keluar dari kereta dinaiki sebelum digilis motosikal.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, siasatan awal mendapati kereta dinaiki kedua-dua mangsa hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan.

“Akibat rempuhan itu, kedua-dua mangsa tercampak keluar daripada kenderaan ke lorong kanan lebuh raya sebelum digilis penunggang motosikal yang datang dari arah belakang.

“Penunggang motosikal itu tidak sempat membrek lalu melanggar mangsa. Pemandu kereta terbabit maut di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kumarasan berkata, penumpang yang turut tercampak keluar daripada kenderaan pula terjatuh di bawah jambatan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata, kemalangan itu turut membabitkan beberapa lagi kenderaan lain yang berada di lokasi ketika kejadian.

“Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk proses bedah siasat,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Iskandar Puteri di talian 07-5101322 bagi membantu siasatan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img