Isu hina sahabat Nabi : PDRM tunggu maklumat lanjut – KPN

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu maklumat lanjut daripada pihak berkaitan berhubung dakwaan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh menghina sahabat Nabi Muhammad SAW dalam satu ceramah politik yang tular di media sosial.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, perkara itu kini dalam perhatian pihak polis dan siasatan sedang dijalankan.

“Yang itu masih lagi dalam perhatian dan tindakan kita. Kita masih lagi menunggu (maklumat lanjut) daripada pihak yang berkaitan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Penutupan PDRM Special Dialogue V 2026, hari ini.

Sebelum ini, tular video memaparkan Nik Muhammad Zawawi didakwa mengeluarkan kenyataan berkaitan Saidina Abu Bakar al-Siddiq RA dan Saidina Umar al-Khattab RA ketika menyampaikan ceramah politik di Kuala Terengganu pada hujung minggu lalu.

Susulan itu, beberapa laporan polis dibuat selain gesaan supaya siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.

Sementara itu, Nik Muhammad Zawawi menerusi kenyataan hari ini memohon maaf dan mengakui beliau kurang cermat ketika mengolah serta menyampaikan maklumat dalam ceramah berkenaan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img