Pemandu mabuk lawan arus, rempuh penunggang motosikal

TINDAKAN seorang lelaki dipercayai memandu dalam keadaan mabuk dan melawan arus sejauh kira-kira 3.5 kilometer mengundang padah apabila merempuh seorang penunggang motosikal dalam kejadian di Persiaran Kota, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, mangsa lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an dilaporkan parah selepas tercampak akibat rempuhan kuat dan mengalami kecederaan serius pada anggota badan serta kaki kanan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan sebuah Perodua Bezza dipandu lelaki tempatan berusia 30-an dari arah Pelabuhan Klang menghala ke Shah Alam.

“Pemandu kereta dipercayai memandu secara melulu dan melawan arus sebelum merempuh motosikal mangsa yang sedang berada di laluannya.

“Akibat kemalangan itu, mangsa menerima rawatan kritikal di Zon Merah Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, manakala pemandu kereta hanya mengalami luka ringan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, hasil ujian saringan awal mendapati suspek positif alkohol.

Katanya, lelaki terbabit ditahan dan direman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah sehingga menyebabkan kecederaan.

“Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara minimum tujuh tahun hingga 10 tahun serta denda antara RM30,000 hingga RM50,000 selain lesen memandu digantung,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Khairulnizam Abdul Talib atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img