Pengasuh didakwa bunuh bayi tujuh bulan di taska

SEORANG pengasuh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan di sebuah taska di Bandar Kinrara, Puchong minggu lalu.

Tertuduh, Balqish Mohammad Dzyhan, 28, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Farah Azura Mohd Saad.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan kertas pertuduhan, wanita itu didakwa membunuh Muhammad Eiden Faheem Mohammed Nor Syafiq di sebuah taska antara jam 9.30 hingga 10.40 pagi pada 5 Mei lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ainul Athirah Jamalullail manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Suraj Singh.

Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan dan menetapkan 14 Julai depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat serta laporan kimia.

Turut hadir pada prosiding berkenaan ialah peguam pemerhati mewakili keluarga mangsa, Nur Syakirah Nor Azam Shah.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img