Perbincangan siapa calon Ketua Pembangkang Sabtu ini – Tuan Ibrahim

MESYUARAT Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional (PN) pada Sabtu ini akan membincangkan calon pengganti Ketua Pembangkang yang menjadi ‘duri dalam daging’ bagi komponen itu kebelakangan ini.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beberapa keputusan penting termasuk berkaitan struktur pembangkang di Parlimen akan dibuat pada mesyuarat itu.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan berlaku penyusunan semula kedudukan tempat Ahli Parlimen pembangkang di Dewan Rakyat.

“Kita telah pun maklum lebih awal bahawa jawatan Ketua Pembangkang telah dikosongkan dan surat rasmi juga telah dihantar kepada Speaker (Tan Sri Johari Abdul).

“Cuma buat masa ini kita belum menamakan pengganti sebab sidang Dewan Rakyat bermula bulan depan. insya-Allah menjelang sidang itu kita namakan,” katanya.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebelum ini dilaporkan berbeza pendapat berhubung jawatan Ketua Pembangkang.

Abdul Hadi dilaporkan berkata, pelantikan Ketua Pembangkang baharu akan diputuskan sebelum sidang Parlimen pada Jun ini, iaitu selepas perbincangan menyeluruh melibatkan semua parti komponen.

Bagaimanapun, Muhyiddin pula berpandangan tidak perlu menunggu sehingga itu dan menegaskan kelewatannya boleh menjejaskan maruah serta imej PN di mata rakyat.

Merujuk kepada Datuk Seri Hamzah Zainudin yang kini tanpa parti selepas dipecat Bersatu, Februari lalu, Muhyiddin juga berkata, tidak wajar orang yang tidak layak masih berlegar-legar menggunakan kedudukan sebagai Ketua Pembangkang.

Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar sebelum ini berkata, Ketua Pembangkang baharu yang dipersetujui dari Pas akan dibuat pada penghujung Mac lalu namun tiada sebarang pengumuman mengenainya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img