Kereta polis bawa suspek terlibat nahas 6 kenderaan

SEBUAH kereta Polis Diraja Malaysia (PDRM) jenis Honda City dinaiki tiga anggota polis bersama seorang suspek kes narkotik terlibat dalam kemalangan membabitkan enam buah kenderaan di Kilometer 231.2 Lebuhraya Utara – Selatan (PLUS) arah selatan dekat Rembau petang ini.

Kejadian kira-kira jam 1.50 petang itu berlaku ketika kenderaan milik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara itu dalam perjalanan menghantar suspek ke Penjara Simpang Renggam, Johor.

ANTARA buah kenderaan yang terlibat kemalangan termasuk kereta polis membawa suspek dalam kejadian di Lebuhraya PLUS dekat Rembau petang ini. GAMBAR: IPD Rembau

Timbalan Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Azmi Ali berkata, kemalangan melibatkan enam kenderaan jenis Honda City, Toyata Hilux, Toyota Vios, Honda CR-V, Honda Jazz Dan Proton Persona.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang berada di lorong paling kanan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar besi penghadang sebelah kanan sebelum melintang di lorong kanan lebuh raya.

“Pada masa yang sama, Toyota Vios yang datang dari arah belakang cuba membrek bagi mengelak pelanggaran, namun telah dilanggar pula dari belakang oleh Honda City yang dinaiki tiga anggota polis dari IPD Seberang Perai Utara bersama seorang suspek lelaki berusia 33 tahun,” katanya hari ini, lapor Sinar Harian.

Menurut Azmi, tiga kenderaan iaitu Honda CRV, Honda Jazz dan Proton Persona yang turut datang dari arah belakang gagal mengelak lalu melanggar kenderaan di hadapan yang terbabit kemalangan.

Bagaimanapun katanya, kemalangan tersebut tidak melibatkan sebarang kecederaan serius dan hanya menyebabkan kerosakan pada semua kenderaan terlibat.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img