Suami isteri direman bantu siasatan kes bunuh OKU

SEPASANG suami isteri direman bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang ditemukan terbaring di tepi jalan di Ladang Merdeka Cherbu, Padang Lati, Bachok pada April lalu.

Suspek lelaki berusia 26 tahun direman selama tujuh hari manakala isterinya yang berusia 27 tahun direman lima hari bagi membantu siasatan.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Fakhrul Razzi Abd Hamid bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, pasangan itu tiba di Mahkamah Majistret Kota Bahru pada jam 8.45 pagi dengan memakai pakaian lokap dan bergari serta diiringi anggota polis.

Semalam, mahkamah sama turut membenarkan permohonan sambung reman selama enam hari hingga Rabu ini terhadap dua lagi lelaki berusia 25 tahun bagi membantu siasatan kes yang sama.

Dalam kejadian 15 April itu, mangsa, Muhammad Zakir Fikry Mohd Zainal, 20, yang mempunyai masalah pembelajaran, ditemukan tidak sedarkan diri dipercayai akibat dipukul sebelum ditinggalkan di tepi jalan.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img