Lelaki meninggal dunia selepas takluk puncak Bukit Gunong

SEORANG lelaki meninggal dunia selepas berjaya sampai di puncak Bukit Gunong di Bachok, ketika melakukan aktiviti pendakian hari ini.

Mohd Yusof Hamat, 41, ditemukan tidak sedarkan diri sebaik tiba di puncak berketinggian 317 meter dari paras laut itu pada jam 8.45 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok, Ahmad Ridhuan Mohamad Ghazali berkata, operasi membawa turun mangsa diketuai Komander Operasi Ibrahim Mohd Ghani bersama enam anggota.

“Anggota bertugas membawa satu unit pengusung dan set tali wibing serta mengambil masa 20 minit untuk membawa turun mangsa.

“Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi media hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin mengesahkan kejadian itu dan berkata, punca kematian pendaki itu dipercayai akibat serangan jantung.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img