PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena ulang tahun keputeraan ke-83 kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
Menerusi hantaran di Facebook miliknya, beliau turut mendoakan agar Tuanku Syed Sirajuddin, Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid serta seluruh kerabat diraja Perlis sentiasa dilimpahi rahmat serta hidayah Allah SWT.
Anwar berkata, beliau juga berharap agar baginda terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan yang berpanjangan.
“Merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-83, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Negeri Perlis.
“Daulat Tuanku,” ujarnya dalam hantaran tersebut.


