Suami guru besar ditahan bantu siasatan intai murid perempuan

SUAMI kepada guru besar ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes mengintai murid perempuan di tandas sebuah sekolah di Gua Musang.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, lelaki berusia 60 tahun itu ditahan reman selama tujuh hari bermula Ahad sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sementara itu sumber berkata, warga emas itu didakwa kerap dilihat berada dalam keadaan mencurigakan berhampiran tandas perempuan sebelum tindakannya disedari beberapa orang murid.

“Situasi itu mencetuskan rasa tidak selamat dalam kalangan murid dan ibu bapa yang bimbang terhadap keselamatan anak-anak mereka.

“Kejadian pertama berlaku kira-kira jam 2.15 petang pada 7 April lalu di kantin sekolah apabila empat orang murid perempuan memaklumkan terdengar suara jeritan rakan mereka dari dalam tandas,” katanya lapor Sinar Harian.

Menurut sumber, mereka turut mendakwa melihat dua pelajar perempuan tahun dua berada di dalam tandas tersebut sebelum ternampak seorang lelaki keluar dari tandas berkenaan.

Ujarnya, lelaki sama didakwa kerap dilihat berada di kawasan surau sekolah pada waktu petang pada awal Mei lalu ketika sesi Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) berlangsung.

“Lelaki itu didakwa mengintai murid perempuan yang sedang mengambil air sembahyang.Susulan kejadian itu, laporan polis telah dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img