Penjawat awam direman kes cabul kanak-kanak sembilan tahun

POLIS menahan seorang penjawat awam bagi membantu siasatan kes amang seksual membabitkan kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kes itu semalam yang didakwa berlaku di Mersing.

Katanya, suspek merupakan lelaki warga tempatan berusia 31 tahun telah ditahan.

“Suspek direman lima hari bermula hari ini hingga Selasa depan. Polis turut merampas sebuah telefon bimbit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14(a)/14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTK) 2017 kerana perbuatan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak.

Terdahulu, Hakim Hidayatul Syuhada Shamsudin mengeluarkan perintah reman itu selepas membenarkan permohonan pihak polis untuk siasatan lanjut.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img