Lelaki 73 tahun mengaku tidak bersalah pegang, ramas punggung budak perempuan 6 tahun

SEORANG lelaki warga emas yang mengalami masalah pendengaran didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dengan memegang punggung seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, Disember tahun lalu.

Rusli Abdul Hamid, 73, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Sewaktu pertuduhan dibacakan, tertuduh dilihat berulang kali memegang telinga dan meminta jurubahasa membacakan semula pertuduhan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang  kanak-kanak perempuan berusia enam tahun 11 bulan ketika kejadian dengan cara memegang dan meramas punggung mangsa.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira jam 10 pagi bersebelahan kedai makan di Kampung Parit, Kuala Pilah pada 12 Disember lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Balkis Zunaidi tidak menawarkan jaminan dan memaklumkan mangsa tidak mengenali tertuduh.

Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 1 April depan untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img