Tabung Kasih@HAWANA agih RM2.24 juta sejak 2023

TABUNG Kasih@HAWANA mengagihkan sumbangan berjumlah RM2.24 juta kepada 766 pengamal media seluruh negara sejak inisiatif itu diperkenalkan pada 2023.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, inisiatif berkenaan diperkenalkan oleh Kementerian Komunikasi sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) sebagai usaha menjaga kebajikan pengamal media di negara ini.

Beliau berkata, Tabung Kasih@HAWANA diwujudkan khusus bagi membantu pengamal media yang berdepan kesulitan, cabaran kesihatan dan masalah kewangan.

“Untuk tahun ini sahaja sehingga hari ini, 22 Mei 2026, seramai 160 penerima menerima bantuan menerusi inisiatif ini,” katanya ketika berucap pada Program Live Bandar Kuching Art Market 3.0 di Kuching malam ini.

Pada majlis itu, seramai lapan pengamal media Sarawak menerima sumbangan Tabung Kasih@HAWANA.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama, Datin Paduka Nur – ul Afida Kamaludin serta Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii.

Nie Ching berkata, bantuan yang disalurkan itu mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan kebajikan petugas media terus diberi perhatian.

“Pengamal media memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat tepat dan sahih kepada masyarakat, justeru kebajikan mereka tidak boleh dipinggirkan.

“Di Sarawak, seramai 45 pengamal media menerima manfaat daripada Tabung Kasih@HAWANA bagi tempoh 2023 hingga 22 Mei 2026,” katanya.

Selain itu, beliau berharap inisiatif kebajikan seperti Tabung Kasih@HAWANA dapat diteruskan pada masa hadapan demi menjaga kesejahteraan komuniti media di seluruh negara.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img