Bapa kongsi berita Han Keong diterima masuk ke Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

BAPA kepada remaja maut dalam kemalangan ngeri di Jalan Losong Feri, Kuala Terengganu hari ini berkongsi berita anaknya diterima masuk ke Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin.

“Jika anak saya masih hidup, dia pasti sangat gembira kerana impian yang ditunggu sekian lama akhirnya menjadi kenyataan,” kata Wah Tee Tun.

Juruelektrik berusia 49 tahun itu berkata, keluarganya mengetahui hari ini bahawa Han Keong telah diterima masuk ke Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin untuk mengikuti Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif).

“Pagi ini, saya menyemak permohonannya menerusi Unit Pusat Universiti (UPU). Keputusan itu menyatakan anak saya diterima untuk melanjutkan pengajian di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin di Dungun, Terengganu.

“Dia memang teringin sangat menyambung pengajian di politeknik. Itulah yang ditunggunya selama ini,” katanya lapor hmetro online.

Tee Tun berkata, jenazah anaknya dibawa pulang ke Kelantan semalam untuk upacara pembakaran mayat di Tokong Buddha Ariyakiri di Bachok.

“Upacara pembakaran mayat selesai kira-kira jam 6 petang semalam.

“Hari ini, kami membawa abu mayat Han Keong ke Wat Kampung Tanggol di Terengganu untuk upacara sembahyang dan ritual keagamaan terakhir,” katanya.

Remaja itu maut dalam kemalangan ngeri, apabila sebatang tiang elektrik merempuh cermin hadapan van yang dinaiki mangsa bersama bapanya, Selasa lalu.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img