PENGERUSI Mara,Datuk Dr.Asyaf Wajdi Dusuki hari ini membidas individu yang tidak boleh menerima peranan Mara sebagaimana termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
Melalui Facebook beliau, Asyraf Wajdi berkat, pada mulanya beliau malas menjawab persoalan yang dibangkitkan.
‘’ Tapi sudah beberapa kali beliau memperlekehkan dan menafikan peranan Mara, termasuk memandang rendah perancangan Mara untuk memprofesionalkan golongan Huffaz.
“Minta maaf, selagi saya diberikan amanah sebagai Pengerusi Mara, hak keistimewaan orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak akan tetap dipertahankan sebagaimana termaktub dalam Perkara 153,” katanya.
Aysraf membuat hantaran itu berikutan satu hanya yang bertanya kepada beliau iaitu ‘’jika Mara benar-benar berjaya, mengapa kita masih memerlukan keistimewaan khas?’’.
Menjawab persoalan itu, beliau menegaskan, Mara berjaya tidak bermaksud jurang struktur telah hilang. Beberapa program atau individu yang berjaya tidak menghapuskan puluhan tahun perbezaan dari segi titik permulaan, jurang kekayaan warisan, rangkaian perniagaan, akses bandar, atau kelebihan pendidikan.
‘’Keistimewaan khas tidak pernah diwujudkan untuk membuktikan orang Melayu tidak mampu bersaing — ia diwujudkan untuk mempercepatkan penyertaan supaya persaingan akhirnya menjadi benar-benar seimbang,’’ katanya.
Beliau berkata, jika kejayaan semata-mata bermaksud bantuan perlu dihentikan serta-merta, maka tiada negara akan terus memberikan subsidi, tindakan afirmatif, atau perlindungan strategik kepada golongan dan industri yang sedang membangun.
‘’Persoalan sebenar bukan sama ada sudah ada Bumiputera yang berjaya, tetapi sama ada jurang sosioekonomi keseluruhan telah cukup mengecil untuk membolehkan sokongan ditarik balik tanpa mengundurkan semula kemajuan yang telah dicapai,’’ katanya.


