Peniaga belon insiden letupan tong gas di tapak ekspo direman sehari lagi, dijangka didakwa esok

TEMPOH reman terhadap peniaga belon yang disyaki terbabit dalam insiden letupan tong gas di tapak ekspo berhampiran Dataran Jam Besar, Sungai Petani, disambung sehari lagi bagi membantu siasatan.

Suspek lelaki berusia 38 tahun dari Kuala Kedah itu dibawa ke Mahkamah Majistret Sungai Petani pagi tadi untuk permohonan sambungan reman selepas tempoh reman empat hari sebelum ini tamat.

Majistret Muhammad Saiful Akmal Mohd Razi membenarkan suspek direman sehari lagi.

Difahamkan, lelaki itu dijangka didakwa di mahkamah esok.

Kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian akibat kecuaian.

Sementara itu, pekerja suspek berusia 18 tahun yang turut ditahan sebelum ini dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media petang ini berhubung perkembangan siasatan kes berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.53 malam Khamis lalu, satu insiden dipercayai letupan tong gas berlaku di tapak ekspo berhampiran Dataran Jam Besar sehingga menyebabkan seorang lelaki maut di lokasi kejadian manakala tiga lagi cedera ringan.

Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Azmi, 42, dari Permatang Pasir, Tikam Batu, manakala tiga mangsa cedera masing-masing berusia 15, 36 dan 49 tahun.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img