Lori bawa lima lembu terbabas, rempuh papan tanda lebuh raya

SEBUAH lori membawa muatan lima ekor lembu terbabas sebelum merempuh tiang papan tanda di KM297.2 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, Kajang, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.02 pagi itu, pemandu lori berusia 18 tahun dan penumpang berusia 41 tahun cedera dan dikejarkan ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, siasatan awal mendapati lori berkenaan dalam perjalanan dari Negeri Sembilan menuju ke Kelantan ketika kejadian berlaku.

“Semasa tiba di lokasi kejadian, pemandu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar tiang papan tanda lebuh raya.

“Akibat kemalangan itu, pemandu mengalami kecederaan di bahagian kaki kiri dan dada manakala penumpang cedera di kepala,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara tidak cermat dan tidak bertimbang rasa sehingga menyebabkan kemalangan.

“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak melebihi RM10,000 atau penjara maksimum 12 bulan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Kajang, Inspektor Mohd Raziman Rasid di talian 019-4565502 bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Naazron turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu serta memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik demi keselamatan bersama.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img