Polis siasat komen berbaur provokasi kaum, hina Islam dalam Facebook

POLIS membuka kertas siasatan berhubung hantaran di media sosial Facebook yang mengandungi komen berbaur provokasi kaum dan penghinaan terhadap agama Islam serta kaum Melayu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jerantut, Deputi Superintenden Arshad Ayob berkata, siasatan itu dibuka selepas pihaknya menerima laporan polis berhubung hantaran berkenaan di Balai Polis Jerantut pada Ahad.

Menurutnya, kandungan dimuat naik melalui akaun Facebook itu dipercayai mengandungi unsur yang boleh membangkitkan pecah keamanan atau menyebabkan kemarahan.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan media sosial dengan memuat naik atau berkongsi kandungan sensitif agama dan perkauman yang boleh mencetuskan ketegangan kaum.

Katanya, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak didapati terlibat dalam sebarang perbuatan boleh yang mengganggu keselamatan, ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat.

“Kita turut merakamkan penghargaan atas kerjasama orang ramai dalam memastikan keamanan, kestabilan dan kesejahteraan negeri ini terus terpelihara,” katanya.

Terdahulu, tular satu hantaran di sebuah group komuniti yang memaparkan tangkap layar komen jelik dan berbaur rasis oleh seorang pemilik akaun media sosial.

Individu terbabit dikesan mengeluarkan kenyataan sinis yang menyentuh sensitiviti kaum Melayu dan penganut agama Islam, sehingga mencetuskan kemarahan warga maya.

Ketegangan semakin memuncak apabila kes tersebut mula mengaitkan sebuah premis perniagaan tempatan, berserta amaran daripada pihak tertentu yang mahu turun bersemuka dengan pelaku.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img