Facebook catat jumlah tertinggi kandungan berita palsu krisis tenaga global – Fahmi

SEBANYAK 463 permohonan penurunan kandungan berita palsu berkaitan krisis bekalan global diterima oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) setakat pukul 7 pagi tadi.

Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, permohonan itu diperoleh hasil aduan orang awam yang kemudiannya dipanjangkan kepada penyedia platform media sosial untuk tindakan susulan.

“Berdasarkan aduan yang telah dibuat jumlah terbesar adalah bagi platform Facebook sebanyak 185 permohonan. Manakala jumlah kedua tertinggi adalah di TikTok sebanyak 142 kandungan dan yang ketiga di Threads sebanyak 131 kandungan,” katanya dalam sidang media pasca mesyuarat Kabinet di Putrajaya, hari ini.

Menurutnya, daripada 463 permohonan ini, sebanyak 65 kertas siasatan telah dibuka.

“Daripada jumlah itu, satu kes telah diputuskan oleh Jabatan Peguam Negara untuk dituduh di mahkamah, manakala lima kes lagi menerima arahan kompaun dan selebihnya masih dalam siasatan,” katanya.

Fahmi berkata, kebanyakan kandungan berita palsu yang dilaporkan melibatkan isu harga bahan api serta tol di Selat Hormuz.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mengamalkan prinsip tabayyun atau menyemak kesahihan maklumat sebelum berkongsi sebarang kandungan, khususnya dalam situasi krisis yang sensitif dan memberi kesan langsung kepada ekonomi serta kesejahteraan rakyat.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img