AGC masih pertimbang permohonan SPRM dapatkan keterangan individu di Taiwan, UK

JABATAN Peguam Negara (AGC) masih meneliti permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendapatkan keterangan individu di Taiwan dan United Kingdom (UK) bagi membantu siasatan kes pelaburan RM1.1 bilion.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar mengesahkan perkara itu ketika dihubungi BH, hari ini.

“Perkara ini (permohonan) sedang dalam tindakan Jabatan Peguam Negara,” katanya ringkas.

Pada 20 Mei lalu, SPRM memaklumkan sedang mendapatkan Bantuan Perundangan Bersama (MLA) bagi memperoleh keterangan beberapa individu di Taiwan dan UK untuk membantu siasatan kes pelaburan RM1.1 bilion membabitkan Kementerian Ekonomi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman sebelum ini dilaporkan berkata, pihaknya berhubung dengan AGC bagi mendapatkan bantuan berkenaan susulan siasatan yang turut membabitkan bidang kuasa dua negara itu.

Abd Halim berkata, proses itu diperlukan bagi membolehkan keterangan dan maklumat daripada individu terbabit diperoleh secara sah mengikut peraturan serta undang-undang antarabangsa.

Dalam pada itu, Abd Halim berkata, SPRM setakat ini merakam keterangan 26 individu termasuk bekas Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli yang juga bekas Menteri Ekonomi serta bekas pembantunya, James Chai.

Abd Halim berkata, urusan dokumentasi bagi bahan-bahan bukti untuk kes berkenaan sedang dijalankan termasuk dokumen yang diserahkan oleh Rafizi.

“Dokumen daripada beliau kami terima dan dalam analisis serta pertimbangan kita. Itu juga akan kami pertimbangkan, walaupun beliau hantar secara sukarela, kita terima dan kita akan pertimbangkan,” katanya.

SPRM membuka kertas siasatan kes itu pada 16 Februari lalu susulan aduan daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa perjanjian projek membabitkan kerjasama strategik industri semikonduktor antara Kementerian Ekonomi dan syarikat ARM Limited dari UK dibuat secara tergesa-gesa dan bersifat berat sebelah sehingga dijangka memberikan kesan kewangan kepada kerajaan.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009, Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img