Kanak-kanak lelaki 9 tahun hilang dibawa arus sungai

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dikhuatiri lemas selepas dibawa arus di Sungai Nilam, Sungai Selisek di Hulu Selangor hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.40 petang.

MUHAMMAD Aakif Imran Asrul Nizam

Menurutnya, sepasukan lima anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan.

Katanya, sebaik sahaja tiba, anggota melaporkan mangsa dipercayai lemas dibawa arus sungai.

“Ketika ini, kerja mencari dan menyelamat (SAR) sedang dilakukan di lokasi,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Sementara itu, polis mengesahkan kanak-kanak yang hilang itu ialah Muhammad Aakif Imran Asrul Nizam dipercayai terjatuh ketika bermain di tebing sungai sebelum hilang dibawa arus.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Asisten Komisioner Ibrahim Husin berkata, pihaknya menerima laporan dibuat seorang wanita mengenai kehilangan mangsa pada jam 1.45 petang.

Menurutnya, ketika kejadian kanak-kanak itu memakai baju T lengan pendek berwarna merah jambu dan seluar pendek hitam.

“Kanak-kanak itu berketinggian 140 sentimeter dan berat 27 kilogram serta berkulit sawo matang.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor dengan dibantu Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu membuka Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ibrahim berkata, operasi ditangguhkan pada 7 malam dan akan bersambung esok membabitkan kekuatan 48 anggota pelbagai agensi.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau IPD Hulu Selangor di talian 03-6064 1222,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img