Lelaki ditemukan meninggal dunia dalam kereta berkunci selepas lima hari

MISTERI sebuah kereta berkunci yang diletakkan di hadapan sebuah kedai ais krim di Jalan Sungai Dua, Georgetown terungkai selepas seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di dalam kenderaan berkenaan, pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lim Swee Sake berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian itu pada jam 11.47 pagi.

Menurutnya, mangsa berusia 37 tahun yang berasal dari Ayer Itam ditemukan dalam keadaan berpakaian kemas dan berbaring di tempat duduk pemandu kereta milik isterinya.

“Hasil siasatan pada badan mangsa dan kawasan sekitar mendapati tiada sebarang unsur jenayah.

“Kereta itu juga didapati berkunci dari dalam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, polis menganggarkan mangsa sudah meninggal dunia kira-kira lima hari sebelum ditemukan.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan satu Laporan Mati Mengejut dibuka bagi siasatan lanjut,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img