Polis tahan suspek pecah rumah selepas video tular

POLIS menahan seorang lelaki selepas video tindakannya yang cuba memecah masuk sebuah rumah di Kampung Padang Tembak, di Kluang pada Rabu lalu tular dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, suspek berusia 43 tahun itu ditahan pada jam 12.45 tengah hari semalam di Jalan Kampung SC, Kluang.

Menurut beliau, polis dimaklumkan mengenai kejadian itu selepas tular satu video dalam media sosial memaparkan seorang lelaki cuba menceroboh sebuah rumah di Lorong Arnab, Kampung Padang Tembak, pada jam 4 petang, 27 Mei lalu.

Katanya, susulan itu, satu laporan polis dibuat oleh seorang wanita yang mendakwa suspek cuba memecahkan pintu rumahnya.

“Suspek mempunyai rekod jenayah lampau manakala ujian saringan air kencing mendapati dia negatif daripada penyalahgunaan dadah.

“Suspek direman untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah dan Seksyen 511 kerana cubaan pecah rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bahrin berkata, polis turut menggesa orang ramai supaya melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan dengan menyalurkan maklumat kepada balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang di talian 07-778 4222 atau 07-776 6822.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img