Tarikh mesyuarat khas bincang PRN Johor selepas pemakluman pembubaran dibuat – SPR

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan tarikh Mesyuarat Khas bagi membincangkan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Johor sebaik menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran itu daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, SPR mengambil maklum pengumuman pembubaran DUN Johor ke-15 yang dibuat Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini.

“Tarikh mesyuarat akan ditetapkan sebaik sahaja kita menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Johor berkaitan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Onn Hafiz mengumumkan pembubaran DUN Johor yang mempunyai 56 kerusi, bagi memberi laluan kepada PRN ke-16 negeri itu dalam satu sidang media khas di kediaman rasminya di Saujana, Johor Bahru petang ini.

Onn Hafiz berkata, pembubaran DUN itu dilakukan setelah menghadap dan mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail pagi ini.

Ia sekali gus mengakhiri spekulasi pembubaran DUN Johor yang hangat diperkatakan termasuk di media sosial sebelum ini.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img