Lelaki maut kereta dipandu terbabas ke bahu jalan

SEORANG lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terbabas ke bahu jalan di hadapan Kompleks Sukan Lahad Datu, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.50 pagi itu, mangsa, Ahmad Saufi Rajendra, 22, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan dialami.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, SumSoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 7.50 pagi.

Katanya, sepasukan 10 anggota bersama sebuah jentera dan Unit Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) segera dikerahkan ke lokasi yang terletak kira-kira dua kilometer dari balai.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan mendapati kemalangan melibatkan sebuah Perodua Bezza yang dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan.

“Mangsa lelaki berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba menggunakan pengusung sebelum pemeriksaan lanjut dilakukan oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Pasukan bomba turut memastikan kawasan kejadian berada dalam keadaan selamat sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.50 pagi,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img