Pemuda lemas ketika mandi-manda di Air Terjun Chemerong

KEGEMBIRAAN seorang pemuda mandi-manda bersama rakan-rakannya di Air Terjun Chemerong, Hutan Simpan Pasir Raja dekat Dungun bertukar tragedi apabila dia ditemukan lemas, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, mangsa, Wan Shafian Irfan Wan Harun, 19, dilaporkan tiba-tiba tenggelam ketika berada di kawasan air terjun berkenaan.

Rakan mangsa yang menyedari kejadian tersebut segera mendapatkan bantuan penduduk kampung berhampiran sebelum usaha mencari mangsa dijalankan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS), Pegawai Bomba Kanan II Osman Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 1.49 petang.

Menurutnya, seramai enam anggota bomba digerakkan ke lokasi bagi membantu operasi menyelamat.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, pasukan mendapati mangsa telah ditemui oleh orang awam.

“Mayat mangsa kemudian dibawa naik ke tebing sebelum pasukan perubatan mengesahkan kematiannya,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Dungun, Deputi Superintenden Jumaidy Bah Chong Weh mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img