Bayi lelaki ditinggalkan di tepi tabung dalam surau

SEORANG bayi lelaki ditemukan oleh orang awam ditinggalkan di dalam sebuah surau di kawasan Taman Daya di Johor Bahru tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, laporan berhubung penemuan bayi itu diterima daripada seorang lelaki tempatan berusia 58 tahun yang bekerja sebagai pemandu pada jam 2.40 petang.

Menurutnya, saksi menemukan bayi berkenaan ketika hadir ke surau untuk menunaikan solat kira-kira jam 12 tengah hari sebelum menghubungi Balai Polis Setia Indah dan Hospital Sultan Ismail untuk tindakan lanjut.

TANGKAP layar rakaman CCTV seorang lelaki lingkungan 20-an yang dipercayai meninggalkan bayi lelaki baru dilahirkan di tepi tabung dalam sebuah surau di Taman Daya Johor Bahru tengah hari semalam. GAMBAR: Facebook WOW Johor

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 20-an yang bertindak meletakkan bayi tersebut di kawasan berhampiran tabung surau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Raub berkata, pemeriksaan oleh pegawai perubatan mendapati bayi lelaki itu berada dalam keadaan baik, stabil dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di talian 07-218 2323,” katanya.

 

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img