Kemalangan maut Simpang Renggam: Suspek dibebaskan dengan jaminan polis sementara

REMAJA yang memandu secara melulu dan berbahaya sehingga mengakibatkan kematian empat sekeluarga di Jalan Renggam-Simpang Renggam minggu lalu dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu tindakan pendakwaan di mahkamah.

Suspek berusia 19 tahun itu dibenarkan jaminan selepas tempoh sambung remannya selama dua hari yang diluluskan Mahkamah Majistret Muar pada Isnin lalu berakhir semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pihaknya menerima arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk memberikan jaminan polis kepada suspek sementara siasatan dilengkapkan.

Menurutnya, suspek sebelum ini direman sejak 2 Jun lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Selepas tempoh reman berkenaan berakhir, suspek dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu tindakan lanjut daripada pihak pendakwaan,” katanya.

Sebelum ini, suspek yang memandu sebuah Mercedes Benz A250 ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan Renggam-Simpang Renggam.

Dalam kejadian itu, abangnya yang berusia 22 tahun turut didakwa memandu secara melulu dengan sebuah BMW 530e sebelum berlaku kemalangan yang meragut empat nyawa sekeluarga.

Mangsa yang maut ialah Semek Mat Soh, 73, anaknya, Nor Azlina Abd Latip, 33, menantunya, Aiman Mohd Rashid, 36, serta anak saudara Aiman, Nur Airish Syifa Sidek, 10.

Abang suspek turut maut dalam nahas berkenaan ketika dalam perjalanan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img