Perpecahan PN jejas agenda tawan Pahang – Wan Rosdy

KEPUTUSAN Pas menamatkan hubungan politik dengan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) dilihat boleh menggugat usaha gabungan itu untuk menawan Pahang pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perkembangan terkini itu menunjukkan usaha yang selama ini diuar-uarkan pembangkang untuk mengambil alih pentadbiran negeri berdepan cabaran lebih besar susulan perpecahan dalam gabungan berkenaan.

“Saya dapati usaha mereka, yang mereka uar-uarkan nampaknya menghadapi jalan yang complicated… jalan yang berliku-liku dan ini berlaku setelah mereka menolak Bersatu dalam PN.

“Sama ada (slogan) PN Teraju Pahang itu sudah boleh ‘tutup kedai’ yang itu kita boleh buat tafsiran sendirilah,” katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran Inisiatif Makmur Pahang – Buku Rujukan dan Latihan SPM, STPM dan STAM Tahun 2026, di Bera petang tadi.

Wan Rosdy diminta mengulas perkembangan terkini senario politik negara khususnya di Pahang susulan pengumuman Pas menamatkan hubungan politik dengan Bersatu.

Pas Pahang hari ini memaklumkan pihaknya akan terus menggunakan slogan PN Teraju Pahang walaupun hubungan politik antara kedua-dua parti itu sudah berakhir.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img