Mesyuarat MKT UMNO malam ini bincang PRN Johor, Negeri Sembilan

MESYUARAT Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di ibu negara malam ini dijangka menyentuh isu berkaitan persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.

Difahamkan mesyuarat yang berlangsung di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur itu turut membincangkan hal berkaitan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Selain itu, dijangka isu berkait keputusan Barisan Nasional (BN) Johor untuk bertanding secara solo pada PRN kali ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut.

Isu bertanding solo dijangka diperhalusi malam ini untuk mendapat ‘perkenan’ pemimpin tertinggi UMNO Pusat.

Setakat jam 8 malam tadi, antara pemimpin kanan yang hadir ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka; Datuk Seri Ab Rauf Yusof, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah; Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Difahamkan, mesyuarat yang dijangka bermula sekitar pukul 8:30pm itu terarah kepada perkembangan politik semasa apabila landskap politik negara terus dipenuhi pelbagai perkembangan dan polemik sejak beberapa hari lalu.

Turut kelihatan, Ahli MKT UMNO termasuk Datuk Mohamad Alamin, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img