Kerajaan terus perkasa SPRM sebagai institusi berwibawa,dihormati

KERAJAAN akan terus memperkasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai institusi yang berwibawa dan dihormati, dalam usaha membanteras rasuah tanpa kompromi.

Tegas Perdana Menteri, beliau amat menekankan usaha memperkukuh tatakelola, integriti serta agenda reformasi institusi negara, yang menjadi teras kepada pembinaan Malaysia yang lebih adil, telus dan berdaya saing.

Perkara itu dinyatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menerima kunjungan hormat Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, di Putrajaya hari ini.

“Saya menegaskan bahawa integriti bukan sekadar tuntutan dalam perkhidmatan awam, tetapi asas penting bagi menjamin keyakinan rakyat, menarik pelaburan berkualiti serta menentukan masa depan negara yang lebih mampan ,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Sehubungan itu, kerajaan akan terus memperkasakan SPRM sebagai institusi yang berwibawa dan dihormati, dalam usaha membanteras rasuah tanpa kompromi demi memastikan kemakmuran negara dapat dinikmati oleh generasi masa kini dan akan datang.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img