Polis buru tiga penjenayah larikan 25 beg tangan mewah bernilai RM90,000

POLIS sedang memburu tiga penjenayah yang melarikan 25 beg tangan mewah dianggarkan bernilai RM90,000 di sebuah pusat beli-belah di Cyberjaya baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, laporan diterima pihaknya pada jam 12.30 tengah hari semalam daripada seorang wanita yang juga pemilik premis perniagaan beg tangan terbabit.

ASISTEN Komisioner Norhizam Bahaman

“Hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati tiga suspek bertopeng dan berpakaian serba hitam telah memasuki premis tersebut.

“Suspek menggeledah premis dan mengambil beg tangan yang dipamerkan di rak pameran kedai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, siasatan di tempat kejadian mendapati suspek dipercayai menceroboh masuk ke dalam premis dengan cara mengumpil tingkap tandas.

Sehubungan itu katanya, polis sedang giat mengesan suspek yang terlibat serta barang yang dilaporkan hilang.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil menyalurkannya dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat kes, Sarjan Mohd Faizal Rashid @ Jaafar di talian 013-222 2652,” katanya sambil memberitahu kes ini disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img