Tolak budaya politik jadikan perbezaan wahana capai kuasa – PM

DATUK Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata,  sejarah panjang manusia mengajar bahawa membina sesebuah negara atau tamadun, ia menuntut kesabaran yang tinggi, hikmah dan kebijaksanaan, mengelak sikap gopoh, serta punyai iltizam yang utuh dan jitu. 

Namun kata Perdana Menteri untuk meruntuhkannya mudah, yakni dengan memicu kebencian, melebar perbezaan dan sikap angkuh yang dibiar menyemarak. 

‘’Atas sebab itu, kita mesti berani menolak budaya politik yang menjadikan perbezaan sebagai wahana mencapai kuasa. Sementalahan, Malaysia tidak dibina atas asas kebencian antara kaum mahupun agama.

”Lantas, Malaysia terbina dari kesediaan generasi dan pemuka terdahulu yang berusaha mencari dan mencipta titik temu dalam kepelbagaian dan mengangkat martabat negara secara bersama,’’ katanya melaui Facebook beliau.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, perkara itu antara mesej yang beliau sampaikan ketika Peluncuran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) di Seremban malam tadi.

Beliau menegaskan, masa depan negara tidak harus dicorak oleh mereka yang memecahkan.

‘’Masa depan negara mesti dipimpin dan dikemudi oleh mereka yang berani menyatukan, tegar berkhidmat dan menterjemah amanah rakyat dengan sikap tanggungjawab yang tinggi,’’ katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img